Berapa Jumlah Pinjaman Perumahan Yang Anda Layak?
September 3, 2012 at
7:55pm
Posting kali ni saya
sediakan sebagai respons kepada email dan pertanyaan yang semakin banyak
berkenaan dengan pinjaman yang layak dipohon serta had harga rumah yang boleh
dibeli dengan gaji yang ada… Ada yang tanya… kalau gaji saya RM3,000 berapa
yang layak saya pinjam.. ada yang tanya kalau gaji saya RM5,000 berapa harga
rumah yang boleh saya beli.. dan beberapa lagi pertanyaan yang hampir serupa.
Sebelum anda membaca
lanjut, sila ambil perhatian bahawa ini hanya sekadar rujukan kasar dan TIDAK
harus diambil sebagai panduan muktamad untuk permohonan pinjaman anda kerana
setiap bank mempunyai polisi dan cara pengiraan yang berbeza.
Jom kita mula kira…
Berapa Gaji KASAR anda (atau pendapatan bersama pasangan anda) ?
Katakan: RM8,000
Tolak (-) : Pembayaran
tetap lain dari gaji anda seperti EPF, SOCSO, Income Tax, DLL.
Katakan: RM2,500
Sekarang, kira
berapakan pembayaran komitmen (pinjaman) anda setiap bulan seperti bayaran
kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, dsb. Senang cakap yang ada rekod
CCRIS.. (So kalau ada yg pinjam pada Ah Long tu kira tak masuk sini la.. tp
jangan cuba2 pinjam Ah Long ye..)
Katakan: RM3,000
Oleh itu, Gaji Bersih
adalah:-
Gaji BERSIH:
RM8,000 – RM2,500 – RM3,000 = RM2,500
Sekarang berdasarkan
Gaji bersih inilah baru ditentukan berapa pinjaman yang boleh anda pohon atau
berapa harga rumah yang boleh anda beli.
Bermula Januari 2012
lepas pengiraan berdasark gaji bersih ini menggunakan apa yang dipanggil
sebagai Debt Ratio/Debt Service Ratio/Debt Burden Ratio (DR)atau Nisbah Tanggungan Hutang anda. Dalam bahasa mudah faham, berapa
peratus yang akan bank benarkan anda pinjam berdasarkan baki bulanan di atas
(dalam kes ni RM2,500).
Nisbah ini adalah
berbeza mengikut bank. Dari apa yang saya tahu adalah sekitar 70%-80%dan sesetengahnya memberikan lebih
tinggi. Oleh itu untuk contoh pengiraan ini saya gunakan 2 contoh
pengiraan iaitu 70% dan 80%.
Ini bermaksud… jika
bank memberikan:-
§ DR = 70% : maka komitmen maks bulanan yang
dibenarkan adalah RM2,500 x 70% =RM1,750 sebulan
§ DR = 80% : maka komitmen maks bulanan yang
dibenarkan adalah RM2,500 x 80% =RM2,000 sebulan
Oleh itu berdasarkan
kedua-dua contoh di atas, maka secara kasarnya jumlah pinjaman yang boleh anda
pinjam, berdasarkan kadar pinjaman asas (BLR) semasa pada 6.6% untuk tempoh 30 tahun adalah:-
§ Jika komitment dibenarkan; RM1,750 – Jumlah
pinjaman yg boleh dipohon:~RM274,000
§ Jika komitment dibenarkan; RM2,000 – Jumlah
pinjaman yg boleh dipohon:~RM313,000
Anda boleh mengira
pinjaman di atas menggunakan contoh kalkulator berikut (Klik Button) Kalkulator
Pinjaman
Berapa harga rumah yang boleh anda beli?
Dengan andaian anda
boleh memohon sehingga 90% dari harga rumah, maka cara mudah untuk anda kira
adalah:-
(Jumlah Pinjaman Yg
Layak x 100) / 90
Dalam kes di atas:-
§ Pinjaman Yg Layak RM274,000, maka Harga rumah
yang boleh dibeli : (274,000*100)/90 = ~RM304,000
§ Pinjaman Yg Layak RM313,000, maka Harga rumah
yang boleh dibeli : (313,000*100)/90 = ~RM348,000
Semoga sedikit
penjelasan di atas membantu mereka yang masih tidak jelas. Saya harap
selepas ini kepada sesiapa yang merancang untuk membeli rumah untuk membuat
pengiraan ini terlebih dahulu supaya anda tidak terlebih bajet dan berisiko
kehilangan deposit anda.
*Bagi mereka yang baru
bekerja atau mempunyai komitment pinjaman yang sangat rendah, kemungkinan had
pinjaman perumahan anda sehingga ~40% daripada gaji anda sahaja walaupun anda
boleh mendapatkan pinjaman yang lebih tinggi berdasarkan pengiraan di
atas. Ini bermaksud jika gaji anda adalah RM3,000 sebulan tetapi
berdasarkan contoh pengiraan di atas anda layak meminjam dengan bayaran bulanan
sehingga RM2,000, had pinjaman anda mungkin dihadkan kepada bayaran bulanan
maksimum RM1,200 sahaja. Ini adalah antara faktor-faktor lain yang
dipertimbangkan oleh bank selain rekod CCRIS dan CTOS yang baik.di petik dari Tips
Hartanah.com

No comments:
Post a Comment